Friday, May 16, 2014

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang last bab ~

Adwan menghampiri Harisah. "Saya sebenarnya sayangkan awak," Adwan memeluk isterinya. Harisah kaku. "Awak," Harisah menolak perlahan tubuh Adwan, tidak sanggup ditipu lagi. "Saya tahu awak tipu saya," Harisah menjauhi Adwan. "Kali ni saya memang betul-betul!" Adwan menahan Harisah. "Saya pun sayangkan awak," Harisah memeluk Adwan. "Assalamualaikum," Datin Farizah dan Dato'Mukriz terkejut. "Kami tak menggangu ke?" Perli Datin Farizah. "Manadalah mummy," laju Harisah.
         
5 TAHUN KEMUDIAN..

"Mama, Nina nak papa!" Merajuk Nina anak Harisah yang sudah berumur 5 tahun itu. "Okay,okay. Meh sini mama dukung," Harisah mendukung anaknya. "Risah!" Syarifah datang dengan seorang budak kira-kira seumur dengan Nina. "Ini anak Adwan! Nama dia Arisha! Pergi dari rumah ni!" Ujar Syarifah. Harisah meletakkan Nina. "Nina tunggu dekat ruang tamu yeh? Mama nak pergi kolam jap." Harisah dah Syarifah pergi ke kolam. "Rifah please jangan kacau kehidupan kami!" Marah Harisah. Syarifah panas lalu menolak Harisah jatuh ke kolam. "Tolong Rifah!" Kepala Harisah tenggelam timbul.
Syarifah membiarkan Harisah. Tiada suara. Tiada bunyi air. Harisah telah tiada. "Harisah!" Syarifah membawa Harisah ke daratan.

Syarifah membawa Harisah ke hospital.


Adwan marah! Datin Farizah, Dato'Mukriz marah! Mak jemah turut marah sekali! "Berani kamu!" Mak Jemah menampar Syarifah beberapa kali. "Maafkan saya, saya dah insaf. Saya akan menggantikan tempat dia." Iklas Syarifah. Datin Farizah bersetuju. Semua bersetuju.

1 TAHUN KEMUDIAN. 

Adwan menganggap Syarifah sebagai kawan. Biarlah Syarifah menggantikan Harisah jauh di syurga..

(TAMAT)

Maafkan saya semua, bab terpaksa dipendekkan, Cinta XXL dibatalkan! Tapi  jangan risau ada tajuk baru.
Nantikan!


Wednesday, May 14, 2014

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 11 ~

Harisah menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya, semua omelan Adwan dibiarkan sahaja. "Hey! Awak dengar ke apa saya cakap ni! Saya nak makan ayam KFC!" Marah Adwan.
"Awak belilah sendiri! Saya bukan siapa-siapa bagi awak kan?!" Harisah berhenti makan.

"Baiklah saya mengaku. Saya sayangkan awak." Ujar Adwan.
Harisah kaku. 
"Betul ke apa yang awak cakap ni?" Harisah meminta kepastian.
"Yeh, saya sure." Adwan menghampiri Harisah.
"Awak nak apa?| Harisah sedikit ke belakang.
"Saya nak kiss awak," ujar Adwan.
Dengan pantas Harisah menolak tubuh sasa Adwan jatuh ke lantai.

"Saya tipu jelah! Manadalah saya nak kiss awak dan sayangkan awak!" Adwan ketawa terbahak-bahak. Puas mengerjakan Harisah. 'Ya Allah, aku baru saja nak ungkapkan perasaan sebenar dengan dia. Nasib baiklah aku tak beritahu duluan,' bisik Harisah.

Harisah menaikki tangga. "Hah kenapa?" Soal Adwan. "Saya nak tidurlah, panas." Perli Harisah. "Suka hati awaklah, saya nak pergi jalan-jalan jap. Adwan mencapai jaketnya lalu memakai kasut kemudian keluar dari rumah. Pintu rumah tidak dikunci Adwan.

Fahmi saudara Adwan datang ke rumah. "Assalamualaikum," tiada jawapan di dengari. "Mana Adwan ni? Keluar ke? Tapi pintu rumah tak berkunci. Masuk jelah." Fahmi melihat bingkai gambar yang ada di meja TV. "Adwan dah khawin?!" Fahmi bagai terkejut melihat gambar Adwan bersama Harisah. "Ish,ish,ish! Khawin tak pandai bagitau orang!" Ujar Fahmi. Tiba-tiba prang!! Fahmi pengsan jatuh ke lantai. Harisah memukul Fahmi menggunakan kualinya.

Harisah meletakkan ketulan ais yang dilapik dengan kain lalu diletakkan diatas kepala Fahmi. Fahmi tersedar. "Awak okey ke?" Soal Harisah.  Fahmi terkejut melihat perempuan cantik bertudung duduk bertentangan dengannya. "Saya okey, awak ni isteri Adwan ke?" Soal Fahmi. "Yeh saya," ringkas Harisah bingkas bangun menghidang jus oren lalu diberikan kepad Fahmi. "Sorry sangat-sangat sebab buat macam tu dengan awak," serba salah Harisah. "Saya okey, boleh minta nombor phone awak? Yelah, awak kan isteri kepada saudara saya tu," rayu Fahmi. "Yelah, ni nombor telefon saya," Harisah memberi kad kerja pensyarahnya itu.

"Thank you, I balik dulu." Fahmi terus pergi ke kereta BMW birunya itu. 



Monday, May 12, 2014

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 10 ~

Syarifah membawa pisau lalu diletakkan di dalam handbagnya. "Hello," Syarifah menegur lelaki yang pernah merosakkannya itu. "Hey, want to join again?" Soal lelaki itu. "Of course," Syarifah membawa lelaki itu ke hujung jalan. Tempat yang gelap. "Okay, " Baru saja lelaki itu hendak menyentuh Syarifah. Syarifah menucuk tangan lelaki itu menggunakan pisau. "Auchh!" Lelaki itu mendengus geram. "Itulah balasan kau!" Syarifah berlari laju. 

          Syarifah ketawa gembira sambil memandu keretanya. "Jangan main-main dengan Syarifah Harini, nanti padahnya kena balik dengan awak!" Syarifah laju memandu keretanya.

"Nak pergi mana yeh? " Syarifah berasa pening.
"Lebih baik aku balik," Syarifah terus memandu.

Sampai sahaja di rumah. Syarifah terus tidur. "Ngantuknya!" Syarifah menguap. Selimut ditarik. Remote aircon ditekan on. Suhunya 16 celcius. 




~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 9 ~

Harisah mati akal. "Aku nak kerja balik, tapi macam mana aku nak bagitau dia?" Harisah berdiri di hadapan pintu bilik Adwan. Tiba-tiba pintu bilik terbuka. "Kenapa kau ada dekat sini?" Adwan bersandar di pintu bilik. "Saya nak bincang dengan awak kejap, boleh tak ni? Kalau boleh jumpa saya dekat bawah. Jangan risau saya sediakan milo sekali," Harisah berlalu pergi. Adwan menggeleng.
           
          "Ada apa?" Adwan duduk sambil meminum milo. "Maafkan saya sebab kacau awak tidur malam-malam buta ni.. Bukan maksud saya nak...." Belum sempat Harisah menghabiskan ayatnya Adwan memotong cakapnya. "Aku memang tak dapat tidur pun," selamba Adwan. "Yeke? Saya nak kerja boleh tak ni? Lagipun awak ada kerja juga kan?" Harisah keluh kesah. Tiba-tiba Adwan menghentak meja. Harisah terkejut. "Ada ke awak nampak saya pergi sekarang?! Tak ada kan?! Saya pun  tak nak berkerjalah! So, jangan berani soal pasal ni lagi!" Adwan menaikki tangga.

"Awak janganlah macam ni," Harisah menahan langkah Adwan.
"Janganlah!" Adwan menepikan Harisah.
"Saya sayang awak," ujar Harisah.
Adwan berasa kasihan. Namun egonya terlalu tinggi.
"Ada aku kisah?!" Adwan berlalu pergi.

          Harisah menangis sekuat mungkin. Adwan tetap tidak menghiraukan esakan Harisah. "Kalau awak suka saya, kita boleh mulakan hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Kalau awak memang tak ada perasaan terhadap saya, awak boleh ceraikan saya. Saya tahu awak cintakan orang lain." Ujar Harisah. "Boleh kau diam!" Marah Adwan. "Baik kalau itu yang awak nak!" Harisah mengelap air matanya.

Adwan merasa dia terlebih ego. "Baik aku minta maaf, kang aku yang kena." Adwan mengetuk pintu bilik Harisah. "Ada apa?!" Suara Harisah kedengaran. "Aku nak minta maaf pasal tadi," ujar Adwan. "Maaf diterima! Boleh pergi!" Marah Harisah. "Okey," Adwan berlalu pergi.

Saturday, May 10, 2014

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 8 ~

Datin Farizah senyum. "Amboi senyum-senyum sediri nampak. Mentang-mentanglah dah nak balik Malaysia gembira betul hati tu yeh," perli Dato'Mukriz. "Ei, abang ni. Buat Zah geram je tau. Siapa yang tak rindukan anak kita dengan menantu kita tu.." Ujar Datin Farizah. "Yelah Zah, tapi abang rasa kan biarlah 2 hari lagi kita balik, biarlah diorang selesakan dulu hubangan diorang tu," ujar Dato'Mukriz. "Ada betul juga tu bang, saya setujulah bang." Datin Farizah senyum. 

Harisah meminum milo panasnya. "Hmm.. Sedap pula milo yang aku buat ni," Harisah meletak kembali gelas kaca yang masih berisi milo itu ke meja. "Risah! Baju kerja I kat mana?" Jerit Adwan. "Issh dia ni! Time orang nak rilek-rilek dia kacau!" Harisah laju mengayun kaki menuju ke jemuran. Adwan keluar dari bilik. "Hai dahaga pulak, siapa punya milo ni? Mesti dia buatkan untuk aku ni," Adwan terus meneguk minuman itu hingga habis.

Harisah menyeterika baju Adwan. "Nah, saya dah siap sterika!" Harisah memberi baju itu lalu kembali ke dapur. Harisah terkejut melihat milonya sudah habis. "Adwan!!" Ingin bengkak telinga Adwan mendengar jeritan Harisah. "Yeh kenapa?! Janganlah jerit-jerit!" Marah Adwan. "Awak ke yang minum milo saya ni?" Soal Harisah sambil menunjukkan milonya yang habis. Adwan syok. 'Bukan ke tu milo yang aku minum tadi? Kalau dia ada minum tadi kemudian aku minum tempat yang sama dengan dia minum tadi itu bermakna aku cium dia kan?' Bisik hati Adwan. Adwan tergelak kecil. "Siapa lagi orang yang tinggal dekat rumah ni?" Perli Adwan. "Awak!" Harisah mendengus kecil.

Syarifah memegang perutnya yang langsung tidak membesar. "Rifah, makin lama perut Rifah macam tak ada perubahan. Akak cadangkan yang Rifah kahwin esok kecil-kecilan aje yeh. Akad nikah je." Ujar Zaqiah. "Terserahlah.." Syarifah segera menutup matanya. "Aduh! Saya nak ke tandas dulu yeh," Syarifah segera pergi ke tandas. Syarifah datang bulan!" Maknanya dia keguguran. Syarifah keluar. "Kenapa Rifah?" Soal Zaqiah. "Saya nak keluar dari rumah ni!" Syarifah berlari turun tangga. Zaqiah mengejar dari belakang. "Kenapa ni Rifah?" Soal Zaqiah sekali lagi.  "I datang bulan!" Jerit Syarifah. Langkah Zaqiah terhenti. "Maknanya dia keguguran? Jadi tiada pernikahan?" Zaqiah keliru.

Mak Jemah terkejut. "Betul ke Qiah?! Macam mana ni?" Soal Mak Jemah. "Tunggu jap, saya rasa Rifah ada buat perjanjian.. So dia tak boleh lepaslah," ujar Zaqiah. "Baguslah kalau macam tu," ujar Mak Jemah.

Wednesday, May 7, 2014

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 7 ~

Syarifah muntah lagi. "Assalamualaikum," suara lelaki dari luar. Syarifah takut. Dia curi-curi lihat dari tingkap doktor Zaqiah dan bakal suaminya ada di luar. "Walaikumsalam," Syarifah membuka pintu sambil memegang perutnya. "Rifah okey ke ni?" Soal dokto Zaqiah. "Saya okey doktor," Syarifah duduk di sofa sambil mengurut-urut kepalanya. "Rifah, tolong panggil saya akak Qiah. Tak perlulah panggil doktor Zaqiah. Dan lagi satu, pergi kemas barang-barang, Rifah tinggal dengan akak.Syarifah tu sedang hamil sekarang, mesti jaga baby tu," Zaqiah duduk di sebelah Syarifah, "Yelah kak," masa mengandung ni, mood Syarifah baik sahaja. 

Harisah mengganguk laju. "Yelah kak Qiah, Rifah tu memang patut kahwin." Harisah terus mematikan telefon selepas tamat bersembang dengan Zaqiah. "Hah, awak tu! Janganlah bertelefon memanjang, pergi cuci baju aku ni!" Adwan menghumban bajunya ke muka Harisah. 'Issh! Geramnya!!' Bisik hati Harisah. "Yelah! What ever!" Harisah menuju ke ruang mesin basuh. Lalu baju Adwan dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sabun diletakkan banyak, maklumlah.. Adwan. Mesti nak baju dia wangi terlampau. 

"Nah baju awak! Jemur sendiri yeh!" Arah Harisah menghumban baju basah itu ke Adwan. "Hei!" Adwan segera mengalihkan baju itu dari mukanya. "Yelah Puan Harisah!" Adwan keluar dari rumah. Lalu menjemur bajunya dihalaman belakang.

Faizin menyuap Syarifah. "I dah kenyang!" Syarifah segera menolak mangkuk berisi bubur itu hingga jatuh. "Rifah! Cubalah bagus-bagus dengan bakal suami kamu tu!" Marah Zaqiah yang terlihat kelakuan Syarifah terhadap Faizin. Faizin kacak apa? Sampai Syarifah buta menilai harta? Wajah Faizin hampir sama dengan wajah Amar Ashraf pelakon Setia Hujung Nyawa tu. Tapi Adwan lagi kacak.

Tuesday, May 6, 2014

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 6 ~

Harisah memandang suaminya yang langsung tidak menjamah makan malam yang disediakanya. "Awak makanlah," pujuk Harisah sambil menarik-narik tangan suaminya. "Kalau aku kata tak nak? Dahlah Jangan kacau aku! Aku nak tengok tv," ujar Adwan. "Nanti awak sakit macam mana? Saya juga kan yang nak jaga awak?! Awak ni menyusahkan betullah! Benci!" Harisah laju menaikki tangga menuju ke bilik tidurnya. "Hah, cakap sikit merajuk! Baguslah tu!" Kedengaran suara Adwan dari bawah. "Ceh, menyampah betullah!" Harisah menutup telinganya menggunakan bantal lalu tidur.

Syarifah menanyakan doktor yang bernama Zaqiah. "Macam mana doktor? Saya mengandung ke?" Soal Syarifah. "Taniah puan, puan pregnant." Ujar doktor Zaqiah. "What?! No doc! You wrong! Saya tak mengandung kan?" Syarifah berdiri. "Cik ni belum kahwin ke? Atau kena.." Belum sempat doktor Zaqiah mengungkapkan ayat selanjutnya Syarifah memotong. "Yes! I kena rogol oleh empat lelaki!" Syarifah marah. "Betul ke ni? Jadi kenapa lelaki tu tak nak bertanggung jawab?" Soal sekali lagi doktor Zaqiah. "Mereka semua tak nak bertanggung jawab, i rasa i nak gugurkan anak ni!" Jerit Syarifah. "Don't be stupid Syarifah!" Penampar dihadiahkan. "Jadi nak buat apa?! Nak biar orang kata yang i ni memang sengaja nak buat benih?! I sanggup potong kedua-dua tangan i daripada melahirkan benih haram ni!" Jerit Syarifah lagi. "Macam ni lah, ini kad nombor telefon saya. Nanti kalau ada masa boleh call saya." Ujar doktor Zaqiah. Syarifah berlalu pergi.

Syarifah asyik memikirkan apa yang dikatakan doktor Zaqiah. "Perlu ke aku pergi? Aku bukan ada duit sangat nak gugurkan anak ni. Jangan-jangan doktor Zaqiah nak bagi percuma? Baik aku pergilah." Syarifah menelefon doktor Zaqiah. "Boleh kita jumpa?" Soal Syarifah. "Boleh je, cik Syarifah." Ujar doktor Zaqiah.

Doktor Zaqiah duduk menunggu Syarifah di rumahnya. Mereka bercadang hendak bertemu di rumah doktor Zaqiah. Syarifah sudah tahu alamat doktor Zaqiah ada tertera di bawa kad. "Doktor! Saya ni Syarifah!" Jerit Syarifah. Cepat-cepat doktor Zaqiah membuka pintu utama. 
Syarifah duduk bertentangan doktor Zaqiah.

"Saya dah jumpa penyelesaian masalah awak tu," ujar doktor Zaqiah.
"Yeke doktor? Terima kasih sangat!" Syarifah teruja.
"Tapi awak kena sain kontrak ni, supaya nanti awak cuba lari," doktor Zaqiah menyerakan sebuah kertas.
"Boleh je, tandatangan je kot," ringkas Syarifah mendatatangani.
"Baiklah, awak akan kahwin dengan adik saya Faizin Rahfi, dia ikhlas tolong awak." ujar doktor Zaqiah.
Syarifah kaget.
"Tak.. Tak nak!" Syarifah berdiri senyuman mati.
"Hey! You dah tandatangan okey? Lagipun you sanggup ke nak tanggung anak tu sendirian? Nanti apa orang akan kata?" Marah doktor Zaqiah.
"Baiklah i terima!" Syarifah pergi meninggalkan doktor Zaqiah.

Harisah hairan. Siapa yang bagi coklat berbentuk hati itu? Adwan ke?. Pintu dihempas kuat. "Sedap tak coklat tu?" Tanya Adwan. Harisah berasa gembira. "Awak bagi ke?" Harisah lantas memakan coklat itu. "Yeh aku bagi, maaflah sebab tak jamah makanan kau hari tu," Adwan duduk di birai katil. "Saya dah lama maafkan, awak je tak tahu." Ujar Harisah. "Yeke? kau tak bagi tau aku pun," Adwan berdiri lalu keluar dari bilik. Aik? Hilang dah mood sweet tu?

Adwan senyum. Gembiranya hatinya bila melihat muka Harisah yang comel.

"Nanti aku nak bagilah lagi," ujar Adwan.

Mak Jemah tunduk. "Jadi kamu dah aturkan semuanya Qiah?" Mak Jemah sudah lama kenal doktor Zaqiah. "Dah, mak Jemah. Jangan risau nanti bila dia kahwin dengan Faiz dia berubah lah tu," jelas doktor Zaqiah. "Erm, yelah. Saya percayakan awak Qiah," Mak Jemah meminum air teh.

Setelah semua perbincangan selesai. Doktor Zaqiah pun pulang.



Sunday, May 4, 2014

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 5 ~

Adwan tersenyum kecil melihat telatah isterinya yang sedang bercakap melalui telefon bimbit. Adwan berundur sedikit, tiba-tiba pasu yang dibeli Datin Farizah di Paris pecah. Harisah yang mendengarnya. Terus mematikan telefon. "Siapa tu?" Harisah berdiri menuju ke sana. Adwan sudah mati akal. "Awak rupannya, buat apa?" Soal Harisah bercekak pinggang. "Aku lapar. Baru je aku nak panggil kau masakkan maggi. Tapi aku salah step, tulah pecah." Bohong Adwan. "Yelah, saya masakan maggi yeh?" Harisah tersenyum sinis. "No! Tak payahlah! Aku dah hilang selera," Adwan masuk ke bilik.

Harisah merasa pelik. "Ah! Lantaklah, saya nak telefon mummylah dulu. Nak tanya khabar." Harisah mendail nombor telefon Datin Farizah. Panggilan dijawab. Gembiranya Harisah. Dia benar-benar rindukan Datin Farizah dan Dato'Mukriz yang berada di Paris.

"Assalamualaikum mummy," sinis Harisah.
"Walaikumsalam Risah. Kenapa telefon mummy? Ada problem ke?" Soal Datin Farizah.
"Memang ada mummy, pasu yang mummy beli di Paris tu pecah," ujar Harisah. 
"Hah?! Macam mana boleh pecah?" Soal Datin Farizah sekali lagi.
"Erm.. Adwan," ringkas Harisah.
"Tak apalah, lagipun nanti mummy boleh beli balik juga. Sebab mummy memang ada kat Paris." Terang Datin Farizah.
"Mummy apa khabar dengan daddy?" Kini giliran Harisah pula bertanya.
"Alhamdulilah sihat, Harisah dan Adwan apa khabar?" 
"Sihat mummy," ringkas Harisah.
"Yelah kalau macam tu, mummy nak matikan panggilan dulu yeh?" 
"Baiklah mummy, lagipun itu je yang Risah nak cakap." Panggilan dimatikan.

Syarifah menyepak kaki bangku. "Aduh! Sakit pula kaki aku ni!" Syarifah mengurut kakinya perlahan. "Shit! Mak Jemah ni, asyik nak mengadu je! Kalau nak gaduh cakaplah depan-depan!" Marah Syarifah lalu meminum kencing syaitan itu. "Hye girl! Sexy lady! Want to join?" Lelaki yang pernah berjumpa dengannya dulu di kelab malam itu menarik-narik tangan Syarifah. "Jangan kacau akulah! Pergilah!" Syarifah menendang perut lelaki itu. "Tak guna! Siap kau!" Lelaki itu cuba untuk menampar Syarifah. Syarifah mengelak lalu berlari laju.

Kaki Syarifah tersandung lalu jatuh. Lelaki itu tersenyum lebar. "My night today," lelaki itu mendukung Syarifah. Kaki Syarifah yang lebam membuat Syarifah tidak berdaya melawan lelaki itu. Lelaki itu menghumban Syarifah ke atas katil. "Apa kau nak buat?!' Syarifah bangun. "Shut up! Just join!" Lelaki itu menampar Syarifah hingga pengsan.

Harisah termenung sendirian. Tekanan betullah! Harisah memikirkan Syarifah. "Apalah nak jadi dengan awak ni Rifah." Harisah mengeluh. Apalah nasib adiknya itu. Jika begini, dia boleh mati awal kerana terlalu banyak tekanan.

Syarifah mengusap matanya. Syarifah terkejut melihat dirinya yang tidak memakai pakaian hanya selimut menjadi penghalang. "Enjoy baby?" Soal lelaki itu. "Crazy! You ingat marwah i ni murah ke?!" Syarifah megutip bajunya lalu ke tandas. "What happen kalau i mengandung?" Soal Syarifah kepada dirinya. "No! You gugurkan aje!" Syarifah laju keluar dari tandas. "Opss wait! You have 3 more guys," lelaki itu menolak Syarifah ke katil semula. Kemudian tiga orang lelaki membayar 1000 kepada lelaki tadi. "Enjoy it! Shake more!" Lelaki itu keluar. Tiga orang itu terus menghampiri Syarifah. Satu lelaki memegang kedua-dua tangan Syarifah, lelaki kedua memegang kedua-dua kaki Syarifah. Lelaki ketiga membuka pakaiannya. "Tidak!!" Syarifah jerit.

Adwan bermimpi yang Harisah akan pergi meninggalkannya suatu hari nanti jika dia lambat memberitahu perasaan sebenarnya ke Harisah. "Arh! Itu semua tipu." Adwan terbangun dari mimpinya. "Itu cuma mimpi! Not real!" Adwan laju membuka pintu bilik Harisah. Ternyata sudah lena isterinya itu tidur. "Maafkan saya," Adwan mengusap rambut Harisah lalu keluar dari bilik Harisah.

Syarifah menangis. Sungguh nasibnya tidak seperti yang dijangka. Dirogol bergilir-gilir. "How this happen to me?! Why!" Syarifah laju menaikki tangga rumah. Syarifah mengambil pisau yang berada di dapur. "Kalau macam ni baik aku mati!" Syarifah cuba untuk memotong tangannya, tetapi seseorang telah mengambil pisau itu lalu mencampaknya ke lantai. "Rifah! Kenapa Rifah nak bunuh diri ni hah?!" Harisah menampar pipi adiknya itu. "Kau tak payah nak sibuk! Aku tau, dalam hati kau. Kau tengah ketawa sekarang ni kan?" Syarifah menduga. "Manada akak yang sanggup buat adik dia macam tu. Ceritalah apa yang berlaku?" Ujar Harisah. "Keluar sekarang!" Syarifah menolak Harisah keluar dari rumah.

Harisah berasa sedih dengan keadaan adiknya itu. Dia baru saja hendak melawat adiknya, pintu tidak berkunci dia pun masuklah. Kemudian Harisah ke tandas. Kemudian baru saja keluar dari tandas. Terlihat Syarifah cuba membunuh diri. Dia segera mencegahnya.

Friday, May 2, 2014

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 4 ~

Syarifah sudah menunggu Harisah lebih awal. "Lambat sampai akak, penat Rifah tunggu kat sini," ujar Syarifah. Harisah duduk bertentangan Syarifah. "Rifah.. Sanggup Rifah buat macam tu dengan mak," Harisah marah. "Peduli apa Rifah! Mak Jemah tu bukan emak kandung kita, akak je tak tahu yang Mak Jemah memang dengkikan emak masa mak masih hidup dulu!" Jerit Syarifah. "Rifah! Akak tak nak kamu terjerit-jerit kat restoran ni! Memalukan betul." Harisah memarahi Syarifah yang sudah melampau itu. "Suka hati akaklah! Rifah nak balik dulu, oh yeh! Adwan tu bf Rifah! Akak pandai-pandai je rampas bf orang!" Syarifah pergi meninggalkan Harisah.

Harisah memandu kereta Myvi nya. Geram dengan sifat Syarifah tadi. Terjerit-jerit depan orang ramai. Memang memalukan  betul. "Syarifah ni betul-betul dah melampau!" Marah Harisah.

Harisah memarking di belakang kereta Ferrari milik Adwan. "Tak kerja ke dia ni?" Harisah membuka pagar pintu. Kemudian masuk. "Assalamualaikum awak!" Harisah melihat Adwan lena tidur di sofa ruang tamu. "Tak sejuk ke? Dahlah on  aircon." Harisah pergi ke bilik untuk mengambil selimut. Lalu diselimutkan Adwan. Baru saja Harisah hendak pergi, Adwan memegang tangan Harisah. "Awak.." Harisah duduk di sebelah Adwan. "Saya rindu awak," ujar Adwan yang seperti mengigau itu. "Awak jangan mainkan perasaan saya." Harisah melepaskan pegangan Adwan.

Perasaan Harisah berbelah bagi. 'Betul ke dia suka aku? Atau cuma dia mengngigau je?' bisik hati Harisah. Adwan terbangun. "Risah! Saya nak minuman tolong bawakan ke sini," arah Adwan. "Yeh!" Harisah menuang air biasa ke dalam cawan lalu memberikan kepada Adwan. "Betul ke awak rindu saya?" Soal Harisah ingin mendapatkan kepastian. "Bila masa aku rindukan kau? Aku cuma rindukan mummy je!" Marah Adwan. "Awak ni tak baiklah panggil 'aku,kau'" nasihat Harisah.  "Sekarang ni aku akan guna panggilan kau dan aku! Faham tak ni! Ni semua sebab kaulah.!" Adwan berlalu pergi.

"Apa salah saya?" Air mata Harisah berlinangan.
Seumur hidup Harisah, dia tidak pernah menangis kerana cinta.

Adwan yang melihat dari jauh berasa kasihan. "Buat apa aku nak cintakan dia? Dia tu perempuan kampung!" Adwan pergi masuk ke bilik. 

Harisah mengetuk pintu bilik beberapa kali. "Awak, bukalah pintu. Saya nak tidur ni." Ujar Harisah. Pintu bilik dibuka. "Mulai sekarang saya nak awak tidur dekat bilik awak!" Arah Adwan. "Baiklah kalau macam tu." Ringkas Harisah segera pergi. Hatinya yang lara tidak dapat menerima layanan buruk Adwan. Selalunya Adwan tidak seperti ini. Mengapa?

Harisah menyediakan makanan tengahari. Iaitu mi goreng dan teh sahaja. Malas hendak masak lebih-lebih, nanti bukan kena makan juga oleh si Adwan. "Kau masak apa hari ni?" Soal Adwan lalu duduk di kerusi. "Mi goreng je," ringkas Harisah menuang teh ke cawan lalu diberikan kepada Adwan. "Kautkan saya," ujar Adwan. Harisah mengambil sedikit mi goreng lalu diletakkan di pinggan Adwan. "Cukup?" Adwan mengganguk. "Cukup sangat dah tu," Adwan laju mengambil pinggannya lalu memakan denga tergesa-gesa. "Kenapa awak tak pergi kerja?" Soal Harisah. "Aku penat." Ringkas Adwan. "Suka hati awaklah!" Marah Harisah.

Harisah memakai jubah bewarna kuning dengan tudung bewarna hitam bermanik. Tidak sabar hendak melawat Mak Jemah di rumah Mak Jemah berdekatan dengan Teratak Qarqisa. "Saya nak pergi lawat mak dulu." Harisah menyalam tangan Adwan. "Herm.. Pergilah." Ringkas Adwan. Harisah segera menaikki kereta Myvi nya yang bewarna pink itu. 

Sampai sahaja di Teratak Qarqisa. Harisah pergi sekejap melawat Teratak Qarqisa. Kemudian terus ke rumah Mak Jemah. "Assalamualaikum mak." Harisah menaikki tangga. "Walaikumsalam, eh Risah! Masuklah." Pelawa Mak Jemah. "Ada pergi ke sini?" Soal Mak Jemah. "Saje nak lawat mak, kenapa tak boleh ke mak?" Harisah meminum air kopi yang dihidang Mak Jemah. "Issh, boleh aje. O yeh! Dah kamu tegur Rifah tu?" Soal Mak Jemah sambil meminum air kopinya. "Belum mak, baru je Risah nak bagitau dia tentang tu. Tapi dia dah terjerit-jerit lepastu pergi." Jujur Harisah. "Haissh! Budak ni memang teruklah." Marah Mak Jemah.

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 3 ~

Harisah Syafini -

Adwan Azri -

Syarifah Harini - 

Tissue bertaburan di atas lantai. "Mak! Risah rindu emak!" Sedih Harisah. "Woi kenapa ni?! Habis lantai tu kotor! Pergi bersihkan!" Arah Adwan. "Ada saya kisah ke?" Harisah mengelap air matanya. "Suka hati awaklah!" Adwan naik kereta Ferarrinya. "Tunggu!" Harisah menghentikan langkah Adwan. "Apa?" Soal Adwan. "Saya rasa saya nak berhenti kerjalah," ujar Harisah. "Yelah," ringkas Adwan. "Tapi awak nak pergi mana?" Soal Harisah. "Nak pergi kerjalah.. Awak ingat saya ni tak ada kerja ke?" Adwan menaikki kereta. "Memang pun!" Jerit Harisah apabila Adwan sudah pergi.

Sampai sahaja di office. Adwan bagai mangsa yang takut hantu. "Bos kenapa takut ni?" Tanya Ardina membantu Adwan. "Saya takut perempuan gedik tu datang lagi kacau saya, saya dah ada isteri." Ujar Adwan. Ardina angguk. Ardina faham betul maksud 'perempuan gedik' siapa lagi kalau bukan Syarifah. Setiap kali Adwan masuk kerja, Syarifah sudah ada di depan pintu office. Memalukan betul! Asal Ardina ingin menghalang Syarifah. Ardina mesti sakit ditolak-tolaknya. "Ermm.. Yelah bos, saya sambung kerja dululah bos." Sopan Ardina berlalu pergi.

Adwan menarik nafas lega. "Nasiblah perempuan gedik tu tak datang, lega sikit badan aku ni." Adwan mengeliat  panjang. Pintu dibuka perlahan. Terlihat Syarifah. "Hi darling! Jom shopping..!" Syarifah menarik-narik tangan Adwan. "Keluar! Get out from my office! Before i kick you out!" Marah Adwan. "Issh! You ni kejamlah, mentang-mentang kahwin dengan kakak i!" Ujar Syarifah. Adwan hairan. "Bila masa aku kahwin dengan kakak kau?" Soal Adwan. "Nama you wife tu Harisah Syarini kan? I ada kena jemput. Time i tengok kad jemputan tu ada nama you terus i tak pergi. Gara-gara youlah juga buatkan i benci dengan kakak i sendiri," ujar Syarifah. Sambil menerangkan gincunya.

Harisah membuat kek coklat. Sudah lama Harisah tidak membuat kek semenjak meninggalkan Teratak Qarqisa kemudian tinggal di rumah sewanya. "Hmm.. Sedapnya bau kek aku ni!" Harisah memotong kek itu. Dengan tiba-tiba pintu utama diketuk beberapa kali. "Buka pintu sekarang!" Harisah tahu itu Adwan. "Kenapa balik? Bukan tadi awak kata awak sibuk?" Keliru Harisah. "Saya nak cuti penat, asyik kena tipu je. Awak memang kenal Syarifah Harini kan? Syarifah tu adik awak kan? Awak berdua bersepakat kan?" Tuduh Adwan. "Suka hati awak je nak tuduh saya sembarangan! Rifah tu memang adik saya, tapi saya tak tahu pun yang dia kenal awak!" Harisah marah.

"Cakap sikit marah!" Ujar Adwan
"Itu bukan masalah awak okay?" Harisah memberi sedikit kek kepada Adwan
"Awak buat ke ni?" Soal Adwan sambil merasa kek itu.
"Yeh, sedap ke tak?" Soal Harisah.
"Sikit, tambah gula sikit. Terlalu tawar." Sengaja Adwan menambah alasan.
"Kalau tawar.. Jangan makan!" Harisah menarik pinggan berisi kek itu.
Dengan pantas Adwan menepis tangan Harisah.
"Don't touch my food!" Marah Adwan.
"Cakap jelah bahasa melayu! Tak payah nak overacting sangat!" Omel Harisah.
"What ever!" Adwan  masuk ke dalam bilik.

"Kata orang cakap sikit kuat marah! Dia sendiri pun macam tu!" Marah Harisah lalu menjamah kek yang dibuatnya.

Syarifah pergi ke rumah Mak Jemah. "Assalamualaikum Mak Jemah!" Jerit Syarifah. "Kenapa kamu datang sini?" Soal Mak Jemah. Seumur hidupnya baru 10 kali Syarifah melangkah ke rumahnya. Itu pun semasa Syarifah masih berada di Teratak Qarqisa. "Amboi! Tak jawab salam bagai, bukannya nak ajak orang naik jap ke minum jap ke ini tak, dihalaunya pula. Kurang pahala Mak Jemah oi!" Nasihat Syarifah. "Kalau lagi terang lampu bersuluh tu, tak payah nak nasihat orang. Nasihat diri sendiri sudah. Cepatlah naik," arah Mak Jemah.

"Apa hajat kamu datang ke sini?" Mak Jemah menghidang air teh.
"Saya nak bagitau suatu hal ni," ujar Syarifah.
"Apa dia?" Soal Mak Jemah sekali lagi.
"Kenapa Mak Jemah ni selalu nak rampas tempat mak?" Terkejut Mak Jemah dengan pertanyaan Syarifah.
"Mak Jemah tak pernah pun nak rampas tempat mak kandung kamu, mak cuma kasihan tengok Harisah tu. Ada adik jahat macam kamu ni," ujar Mak Jemah.
"Janganlah nak buat baik sangat, entah-entah Mak Jemah tu hanya nak jadi besan Datin Farizah kan?!" Soal Syarifah. Pakk ))
Penampar hinggap di pipi Syarifah.
"Sanggup kamu menuduh mak macam tu!" Marah Mak Jemah.
"Jangan haraplah Mak Jemah akan dapat gelaran MAK!" Syarifah berlalu pergi.

Mak Jemah mengurut-urut dadanya yang sakit. Benar-benar terkilan dengan kata-kata Syarifah. Walaupun Mak Jemah nampak seperti tidak menyukai Syarifah, namun Mak Jemah tak pernah memilih kasih. Syarifah sahaja yang tidak menyedari kebaikan Mak Jemah menempuhi karenahnya yang makin menjadi-jadi itu.

Harisah terkejut. "Ya Allah! Betul ke mak? Tak sangka Rifah sanggup buat mak macam tu, tak apa mak bersabar jelah. Nanti Harisah tegur budak tu." Harisah mematikan telefon. Lalu mendail nombor telefon Syarifah. "Assalamualaikum Rifah, akak nak jumpa boleh? Dekat restoran Deliz Yummy." Harisah kemudian mematikan telefon bergegas bergerak ke restoran Deliz Yummy.

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 2 ~

Harisah Syafini - 

Adwan Azri -

Syarifah Harini -

Harisah melihat penampilanya di cermin. Cantik, memakai gaun pengantin bewarna biru dengan tudung bermanik bewarna biru juga. "Risah, mak akan selalu ada di sisi Risah. Jadi Risah jadilah isteri yang terbaik kepada Adwan yeh?" Mak Jemah penjaga Harisah dahulu di Teratak Qarqisa sehingga kini masih menyayangi Harisah dengan sepenuh hati begitu juga dengan Syarifah. "Yeh mak, Risah janji." Harisah memeluk Mak Jemah. Kemudian dibawa keluar untuk akad nikah.

Adwan melihat Harisah. 'Hmm.. Cantik, tak sangka bakal isteri aku ni cantik juga.' Bisik hati Adwan. Harisah duduk di belakang Adwan. Pak Kadi dan Adwan pun berurusan. Sekali Adwan melafazkan akad nikah. Harisah sah menjadi isteri Adwan. Datin Fazirah, Mak Jemah, Dato'Mukriz tersenyum kegembiraan. Adwan berpaling menghadap Harisah. Lalu, menyarungkan cincin emas berbentuk hati ke jari Harisah. Air mata Harisah berlinangan. Harisah menyalam tangan suaminya. Adwan pula mengucup dahi Harisah.

Harisah dan Adwan pergi ke bilik untuk menukar pakaian. "Awak gembira?" Soal Adwan sambil membuka butang baju. "Gembira apanya?" Harisah mengambil baju ke bilik air. Selesai menukar pakaian. Harisah terkejut melihat Adwan di hadapannya. "Aw...Aw..Awak nak apa?" Tergagap-gagap Harisah bertanya. "Saya tanya awak tadi, tapi awak tak jawab!" Marah Adwan. Harisah terduduk terkejut. "Saya tak gembira! Buat apa saya nak tipu perasaan saya?" Ujar Harisah. "Suka hati awaklah," Adwan keluar bilik.

Mak Jemah duduk bersila sambil memakan kuih-kuih yang dihidangkan. "Mak, makanlah.. Kenapa mak makan kuih je ni?" Harisah duduk di sebelah Mak Jemah. "Mak dah kenyang Risah, hah.. Adik kamu Rifah, kurang ajar betullah budak tu! Kahwin kakak dia pun dia tak datang?" Marah Mak Jemah. Syarifah memang begitu sifatnya, dia selalu melawan kata-kata Mak Jemah dulu semasa berada di Teratak Qarqisa. "Issh, mak ni. Orang dengar tau. Biarlah dia tu." Ujar Harisah. "Hurm.. Yelah, demi kamu mak sanggup tahan hati," terang Mak Jemah. "Mak nak air tak? Risah boleh ambilkan." Ujar Harisah. "Nak, terima kasih." Ucap Mak Jemah. Harisah melangkah mengambil air.

"Cantik menantu kau yeh Zah," puji salah seorang daripada kawan Datin Farizah. "Biasalah, aku yang pilih.." Ujar Datin Farizah. Harisah yang mendengar senang hati. "Tapi, aku tengok macam kampungan je menantu kau tu," ujar seorang lagi kawan Datin Farizah. Harisah berasa terkilan. "Issh, kau ni. Tak baik!" Marah Datin Farizah. Adwan yang melihatnya berasa kasihan. Adwan menarik Harisah ke sebelahnya. "Cepatlah hantar minuman tu," ujar Adwan. Harisah angguk. "Nah mak, selamat menjamu selera. Makan lagilah mak." Harisah segera kembali ke sebelah Adwan. "Kenapa? Nak tolak saya dekat kolam lagi ke? Biar orang nampak?" Soal Harisah. "Ikut saya," Adwan menarik Harisah di ayunan besi. "Saya minta maaf sebab tolak awak masa tu," ujar Adwan. "Yelah, saya maafkan. Selamat malam!" Laju Harisah meninggalkan Adwan.

Tiba-tiba telefon Adwan berdering. Tertera nama Syarifah di skrin telefonnya. "Issh, perempuan gedik ni lagi! Asyik-asyik nak kacau orang. Kalau orang tak berkenan tu tak payahlah nak paksa!" Adwan mencampak telefon Samsung Galaxy S5 ke kolam. Harisah yang mencuri-curi lihat menggelengkan kepalanya. "Ish, ish, ish, sayangnya, cubalah dia bagi aku. Mentang-mentanglah orang kaya." Baru saja Harisah ingin pergi ke kolam Adwan sudah ada di belakangnya. "Awak hendap saya yeh?" Soal Adwan. "Manadalah, saya nampak telefon tu jatuh kat kolam. So, saya nak ambillah." Bohong Harisah. "Jangan nak tipulah, tak baik. Saya dengar apa awak cakap tadi." Adwan peluk tubuh. "Okay fine, saya memang hendap awak." Harisah kembali ke ruang tamu.

Sudah dekat magrib, semua orang sudah balik. Kini tinggal Mak Jemah keseorangan. "Risah.. Mak dah nak balik ni, jaga diri yeh. Dengar cakap suami," nasihat Mak Jemah. "Amboi.. Mak ni, macamlah esok tak boleh jumpa Risah dah." Perli Risah lalu menyalam Mak Jemah. "Jangan risau kak Jemah, pandailah kami pantau diorang tu," sampuk Datin Farizah. "Erm yelah Datin, saya balik dululah ye." Mak Jemah menaikki teksi  yang disediakan. Harisah melambaikan tangannya. "Hai.. Dah rindu dengan mak?" Soal Adwan. "Jangan sibuklah," Harisah mengikuti Datin Farizah masuk ke rumah bersama Dato'Mukriz.

Harisah dan yang lainnya menunaikan solat isyak bagi yang muslim. Selepas mereka solat. Mereka berkumpul di ruang tamu. Sudah kenyang tadi makan pelbagai hidangan. "Adwan, Risah. Mummy and daddy ada something nak bagitau ni," ujar Datin Farizah membuatkan Adwan dan Harisah terus tertumpu kepada Datin Farizah dan Dato'Mukriz. "Kenapa mummy?" Soal Adwan. "Esok mummy and daddy akan bertolak ke Paris, daddy ada hal kerja dekat sana. Mummy pun nak ikut sebab nak bagi kamu masa untuk buat baby. Mummy pergi ke sana 1 bulan je," ujar Datin Farizah. Bila Harisah mendengarkan perkatan 'buat baby' gerun pula dia. "Mummy don't worrylah. Mummy dan daddy pergilah." Ringkas Adwan. "Yelah kalau macam tu, daddy dan mummy nak tidur dulu," ujar Dato'Mukriz.

Harisah dan Adwan juga turut masuk tidur. Letih agaknya kerana melayan telatah tetamu-tetamu tadi.

**********

Sudah tepat puku 8 pagi. Selepas sarapan Harisah dan Adwan menghantar Datin Farizah dan Dato'Mukriz ke KLIA. "Adwan, jaga isteri baik-baik," Dato'Mukriz memeluk Adwan anak kesayangan mereka. "Risah pun sama, jaga Adwan baik-baik," ujar Datin Farizah. Harisah angguk lalu menyalam Datin Farizah kemudian menyalam Dato'Mukriz. Adwan pula memeluk kedua-dua orang tuannya lalu menyalam mereka. Datin Farizah dan Dato'Mukriz pun berjalan meninggalkan mereka. Sampailah kelibat Datin Farizah dan Dato'Mukriz tiada. Harisah dan Adwan segera balik ke rumah.

 

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 1 ~

 Harisah Syafini -

Adwan Azri -


 Syarifah Harini -

"No mummy! Adwan tak akan kahwin dengan perempuan murah tu!" Jerit Adwan. Datin Farizah marah, laly menampar anak lelakinya itu. "Sanggup Adwan kata Harisah Syafini macam tu?! Mentang-mentanglah Risah anak yatim piatu!" Marah Datin Farizah. "Pergi ambil dia dekat tempat kerja dia!" Jerit Datin Farizah. "Esok kahwin dengan Harisah, tak ada alasan yeh, Adwan yang cari pasal. Pandai-Pandailah tanggung hukumannya!" Adwan terpaksa mengambil Harisah yang bekerja sebagai pensyarah itu. Laju Adwan menaikki kereta Ferrari merah.

"Cik Harisah, ada orang nak jumpa. Dia kata mesti sekarang." Ujar Cik Aminah penolong Harisah. "Baiklah, kejap lagi saya jumpa dia. Okay class, saya nak jumpa seseorang dulu yeh." Harisah segera turun kebawa.  Adwan sudah menunggu Harisah. "Too late!" Harisah berlari menuju Adwan. "Tak pandai sabar!" Harisah memeluk tubuh. "I dah bagitau daddy, saya minta awak berhenti kerja. Awak duduk rumah aje," selamba Adwan. "What?! Why? Ini urusan saya nak kerja ke, tak ke, itu bukan masalah awak!" Marah Harisah. "Sekarang ni dah jadi masalah saya, esok kita kahwin mummy suruh," ujar Adwan menarik tangan Harisah masuk ke dalam kereta. "Kita nak pergi mana?" Soal Harisah. "Pergi butik pengantinlah!" Ujar Adwan
"Yeke? Mummy suruh mesti awak buat masalah lagi kan," Harisah sudah dapat menggagak sikap Adwan
"Yelah apa lagi!" Marah Adwan.

Sampai sahaja di butik pengantin Harisah kagum melihat baju-baju yang cantik. "Selamat datang, boleh saya bantu?" Soal wanita yang dalam lingkungan 30-an itu. "Yes, mana baju pengantin yang you rasa sesuai dengan dia ni?" Soal Adwan. "Saya rasa yang sesuai yang ini," wanita itu memberi Adwan baju bewarna biru itu. "Saya tak nak ni," ujar Harisah. "Jangan cerewet boleh tak?!" Marah Adwan. Harisah diam. Terpaksalah nanti Harisah mengenakan pakaian itu untuk majlis perkahwinannya nanti. Adwan membayar gaun pengantin itu di kaunter. "Jom balik," ujar Adwan. "Kenapa saya kena ikut awak? Saya ada rumah saya sendirilah!" Marah Harisah. "Itu rumah sewa kan? Bukan rumah kau! Mummy yang suruh. Baju-baju kau tu, jangan risau. Mummy dah beli. Dengan tudung kau sekali mummy ada beli," ujar Adwan lalu masuk ke dalam kereta.

"Nak masuk ke tak ni?" Soal Adwan
"Yelah," ringkas Harisah, lalu masuk ke dalam kereta.

Sampai saja di rumah banglo milik keluarga Adwan. Datin Farizah sudah berada di hadapan pagar. Harisah segera turun dari kereta. "Risah! Mummy dah lama tunggu Risah, pergilah makan dulu." Ujar Datin Farizah. "Risah dah kenyang mummy, " ujar Harisah. "Yeke? Kalau macam tu pergilah tengok bilik Risah yang sebelah bilik Adwan tu," dengar sahaja 'sebelah bilik Adwan' meremang Harisah. "Ermm.. Yelah mummy, Risah pergi bilik dulu yeh." Harisah segera pergi ke biliknya.

Selepas menunaikan solat isyak, Harisah menolong pembantu rumah iaitu Bibik nama panggilan 'Bi'. ""Biar saya tolong Bi," Harisah segera mendapatkan Bi. "Enggak perlu, Bibik bisa buat sendiri." ujar Bibik. "Biarlah saya tolong Bik, saya pun nak trainning memasak," ujar Harisah. "Iyah udah kalo gitu, Bibik benerin deh." Harisah terus memotong sayur. "Risah nak masak apa?" Datin Farizah tiba-tiba datang. "Bibik yang masak mummy, Harisah tolong sikit aje ni," ucap Harisah. "Yeke? Lepas tolong tu cepat duduk, kita nak makan." Datin Farizah duduk di meja makan.

Makanan dihidang, "Hmm.. Sedapnya bau, Risah masak ke?" Soal Dato'Mukriz. "Bukan Risah yang masak, Risah tambah sedikit ramuan saje." Jujur Harisah. "Betul ke tu Bik?" Soal Dato'Mukriz kepada Bibik. "Sebenarnya Bibik hanya cadangin aja, mau masak apa. Yang lain buk Risah masakkin.." Ujar Bibik. "Mana Adwan Zah, tak nampak pula dia." Datin Farizah mengangkat bahu. "Risah, boleh panggil Adwan makan? Mesti waktu ni Adwan tertidur." Ujar Datin Farizah. "Yelah mummy, yang lain boleh makanlah." Harisah segera berdiri menuju ke bilik Adwan.

Harisah melihat Adwan sedang leka tidur. "Lena betul dia tidur, orang nak makan. Terpaksa tunggu gara-gara dia," Harisah menggoncang beberapa kali badan Adwan. "Jangan kacau saya," Adwan menggenggam tangan Harisah. "Ini dah melampau ni, bangun! Bangun! Bangun!" Harisah menampar beberapa kali pipi Adwan.  "Adoi sakitnya! Iyalah aku bangun!" Adwan segera mengambil tuala menuju bilik air. Harisah terus menuju ke ruang makan. "Dah bangunkan Adwan?" Soal Dato'Mukriz. "Dah daddy, dia kata dia nak mandi dulu,"

Selesai sahaja makan, Harisah duduk berdekatan kolam. Kedua-dua kaki dimasukkan ke dalam kolam. "Perr, sejuknya.." Tiba-tiba ada seorang menolak Harisah ke dalam kolam. Rupanya Adwan! "Tolong saya!! Saya betul-betul ni!" Jeritan Harisah tidak dipedulikan. Semakin lama Harisah makin tenggelam. Adwan menoleh ke kolam. Pantas Adwan lompat ke dalam kolam lalu membawa Harisah ke tepi kolam. 'Sudah tepat pukul 1 malam mummy dan papa mesti dah tidur ni' bisik Adwan dalam hati. Melihat Harisah yang tidak sedarkan diri. Adwan membuat CPR untuk Harisah.

Harisah sedar melihat Adwan yang sedang mencium bibirnya itu. Harisah menampar Adwan. "Apa awak dah buat hah?!" Harisah menjauhkan diri dari Adwan. "Apa semua ni?!" Soal Datin Farizah berjalan beriringan Dato'Mukriz. "Mummy, Adwan rasa mummy and daddy dah salah faham, Risah lemas tadi daddy, ma" ujar Adwan. Niatnya hanya untuk memainkan Harisah, tetapi ini pula yang terjadi. "Mummy maafkan Adwan! Tapi esok kahwin jugak kan? Jadi berterima kasihlah dengan perkahwinan kamu tu." Ujar Datin Farizah dan Dato'Mukriz berlalu pergi.