Adwan Azri -
Syarifah Harini -
"No mummy! Adwan tak akan kahwin dengan perempuan murah tu!" Jerit Adwan. Datin Farizah marah, laly menampar anak lelakinya itu. "Sanggup Adwan kata Harisah Syafini macam tu?! Mentang-mentanglah Risah anak yatim piatu!" Marah Datin Farizah. "Pergi ambil dia dekat tempat kerja dia!" Jerit Datin Farizah. "Esok kahwin dengan Harisah, tak ada alasan yeh, Adwan yang cari pasal. Pandai-Pandailah tanggung hukumannya!" Adwan terpaksa mengambil Harisah yang bekerja sebagai pensyarah itu. Laju Adwan menaikki kereta Ferrari merah."Cik Harisah, ada orang nak jumpa. Dia kata mesti sekarang." Ujar Cik Aminah penolong Harisah. "Baiklah, kejap lagi saya jumpa dia. Okay class, saya nak jumpa seseorang dulu yeh." Harisah segera turun kebawa. Adwan sudah menunggu Harisah. "Too late!" Harisah berlari menuju Adwan. "Tak pandai sabar!" Harisah memeluk tubuh. "I dah bagitau daddy, saya minta awak berhenti kerja. Awak duduk rumah aje," selamba Adwan. "What?! Why? Ini urusan saya nak kerja ke, tak ke, itu bukan masalah awak!" Marah Harisah. "Sekarang ni dah jadi masalah saya, esok kita kahwin mummy suruh," ujar Adwan menarik tangan Harisah masuk ke dalam kereta. "Kita nak pergi mana?" Soal Harisah. "Pergi butik pengantinlah!" Ujar Adwan
"Yeke? Mummy suruh mesti awak buat masalah lagi kan," Harisah sudah dapat menggagak sikap Adwan
"Yelah apa lagi!" Marah Adwan.
Sampai sahaja di butik pengantin Harisah kagum melihat baju-baju yang cantik. "Selamat datang, boleh saya bantu?" Soal wanita yang dalam lingkungan 30-an itu. "Yes, mana baju pengantin yang you rasa sesuai dengan dia ni?" Soal Adwan. "Saya rasa yang sesuai yang ini," wanita itu memberi Adwan baju bewarna biru itu. "Saya tak nak ni," ujar Harisah. "Jangan cerewet boleh tak?!" Marah Adwan. Harisah diam. Terpaksalah nanti Harisah mengenakan pakaian itu untuk majlis perkahwinannya nanti. Adwan membayar gaun pengantin itu di kaunter. "Jom balik," ujar Adwan. "Kenapa saya kena ikut awak? Saya ada rumah saya sendirilah!" Marah Harisah. "Itu rumah sewa kan? Bukan rumah kau! Mummy yang suruh. Baju-baju kau tu, jangan risau. Mummy dah beli. Dengan tudung kau sekali mummy ada beli," ujar Adwan lalu masuk ke dalam kereta.
"Nak masuk ke tak ni?" Soal Adwan
"Yelah," ringkas Harisah, lalu masuk ke dalam kereta.
Sampai saja di rumah banglo milik keluarga Adwan. Datin Farizah sudah berada di hadapan pagar. Harisah segera turun dari kereta. "Risah! Mummy dah lama tunggu Risah, pergilah makan dulu." Ujar Datin Farizah. "Risah dah kenyang mummy, " ujar Harisah. "Yeke? Kalau macam tu pergilah tengok bilik Risah yang sebelah bilik Adwan tu," dengar sahaja 'sebelah bilik Adwan' meremang Harisah. "Ermm.. Yelah mummy, Risah pergi bilik dulu yeh." Harisah segera pergi ke biliknya.
Selepas menunaikan solat isyak, Harisah menolong pembantu rumah iaitu Bibik nama panggilan 'Bi'. ""Biar saya tolong Bi," Harisah segera mendapatkan Bi. "Enggak perlu, Bibik bisa buat sendiri." ujar Bibik. "Biarlah saya tolong Bik, saya pun nak trainning memasak," ujar Harisah. "Iyah udah kalo gitu, Bibik benerin deh." Harisah terus memotong sayur. "Risah nak masak apa?" Datin Farizah tiba-tiba datang. "Bibik yang masak mummy, Harisah tolong sikit aje ni," ucap Harisah. "Yeke? Lepas tolong tu cepat duduk, kita nak makan." Datin Farizah duduk di meja makan.
Makanan dihidang, "Hmm.. Sedapnya bau, Risah masak ke?" Soal Dato'Mukriz. "Bukan Risah yang masak, Risah tambah sedikit ramuan saje." Jujur Harisah. "Betul ke tu Bik?" Soal Dato'Mukriz kepada Bibik. "Sebenarnya Bibik hanya cadangin aja, mau masak apa. Yang lain buk Risah masakkin.." Ujar Bibik. "Mana Adwan Zah, tak nampak pula dia." Datin Farizah mengangkat bahu. "Risah, boleh panggil Adwan makan? Mesti waktu ni Adwan tertidur." Ujar Datin Farizah. "Yelah mummy, yang lain boleh makanlah." Harisah segera berdiri menuju ke bilik Adwan.
Harisah melihat Adwan sedang leka tidur. "Lena betul dia tidur, orang nak makan. Terpaksa tunggu gara-gara dia," Harisah menggoncang beberapa kali badan Adwan. "Jangan kacau saya," Adwan menggenggam tangan Harisah. "Ini dah melampau ni, bangun! Bangun! Bangun!" Harisah menampar beberapa kali pipi Adwan. "Adoi sakitnya! Iyalah aku bangun!" Adwan segera mengambil tuala menuju bilik air. Harisah terus menuju ke ruang makan. "Dah bangunkan Adwan?" Soal Dato'Mukriz. "Dah daddy, dia kata dia nak mandi dulu,"
Selesai sahaja makan, Harisah duduk berdekatan kolam. Kedua-dua kaki dimasukkan ke dalam kolam. "Perr, sejuknya.." Tiba-tiba ada seorang menolak Harisah ke dalam kolam. Rupanya Adwan! "Tolong saya!! Saya betul-betul ni!" Jeritan Harisah tidak dipedulikan. Semakin lama Harisah makin tenggelam. Adwan menoleh ke kolam. Pantas Adwan lompat ke dalam kolam lalu membawa Harisah ke tepi kolam. 'Sudah tepat pukul 1 malam mummy dan papa mesti dah tidur ni' bisik Adwan dalam hati. Melihat Harisah yang tidak sedarkan diri. Adwan membuat CPR untuk Harisah.
Harisah sedar melihat Adwan yang sedang mencium bibirnya itu. Harisah menampar Adwan. "Apa awak dah buat hah?!" Harisah menjauhkan diri dari Adwan. "Apa semua ni?!" Soal Datin Farizah berjalan beriringan Dato'Mukriz. "Mummy, Adwan rasa mummy and daddy dah salah faham, Risah lemas tadi daddy, ma" ujar Adwan. Niatnya hanya untuk memainkan Harisah, tetapi ini pula yang terjadi. "Mummy maafkan Adwan! Tapi esok kahwin jugak kan? Jadi berterima kasihlah dengan perkahwinan kamu tu." Ujar Datin Farizah dan Dato'Mukriz berlalu pergi.


No comments:
Post a Comment