Syarifah muntah lagi. "Assalamualaikum," suara lelaki dari luar. Syarifah takut. Dia curi-curi lihat dari tingkap doktor Zaqiah dan bakal suaminya ada di luar. "Walaikumsalam," Syarifah membuka pintu sambil memegang perutnya. "Rifah okey ke ni?" Soal dokto Zaqiah. "Saya okey doktor," Syarifah duduk di sofa sambil mengurut-urut kepalanya. "Rifah, tolong panggil saya akak Qiah. Tak perlulah panggil doktor Zaqiah. Dan lagi satu, pergi kemas barang-barang, Rifah tinggal dengan akak.Syarifah tu sedang hamil sekarang, mesti jaga baby tu," Zaqiah duduk di sebelah Syarifah, "Yelah kak," masa mengandung ni, mood Syarifah baik sahaja.
Harisah mengganguk laju. "Yelah kak Qiah, Rifah tu memang patut kahwin." Harisah terus mematikan telefon selepas tamat bersembang dengan Zaqiah. "Hah, awak tu! Janganlah bertelefon memanjang, pergi cuci baju aku ni!" Adwan menghumban bajunya ke muka Harisah. 'Issh! Geramnya!!' Bisik hati Harisah. "Yelah! What ever!" Harisah menuju ke ruang mesin basuh. Lalu baju Adwan dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sabun diletakkan banyak, maklumlah.. Adwan. Mesti nak baju dia wangi terlampau.
"Nah baju awak! Jemur sendiri yeh!" Arah Harisah menghumban baju basah itu ke Adwan. "Hei!" Adwan segera mengalihkan baju itu dari mukanya. "Yelah Puan Harisah!" Adwan keluar dari rumah. Lalu menjemur bajunya dihalaman belakang.
Faizin menyuap Syarifah. "I dah kenyang!" Syarifah segera menolak mangkuk berisi bubur itu hingga jatuh. "Rifah! Cubalah bagus-bagus dengan bakal suami kamu tu!" Marah Zaqiah yang terlihat kelakuan Syarifah terhadap Faizin. Faizin kacak apa? Sampai Syarifah buta menilai harta? Wajah Faizin hampir sama dengan wajah Amar Ashraf pelakon Setia Hujung Nyawa tu. Tapi Adwan lagi kacak.

No comments:
Post a Comment