Friday, May 2, 2014

~ Jangan Kata Benci Kalau Sayang 4 ~

Syarifah sudah menunggu Harisah lebih awal. "Lambat sampai akak, penat Rifah tunggu kat sini," ujar Syarifah. Harisah duduk bertentangan Syarifah. "Rifah.. Sanggup Rifah buat macam tu dengan mak," Harisah marah. "Peduli apa Rifah! Mak Jemah tu bukan emak kandung kita, akak je tak tahu yang Mak Jemah memang dengkikan emak masa mak masih hidup dulu!" Jerit Syarifah. "Rifah! Akak tak nak kamu terjerit-jerit kat restoran ni! Memalukan betul." Harisah memarahi Syarifah yang sudah melampau itu. "Suka hati akaklah! Rifah nak balik dulu, oh yeh! Adwan tu bf Rifah! Akak pandai-pandai je rampas bf orang!" Syarifah pergi meninggalkan Harisah.

Harisah memandu kereta Myvi nya. Geram dengan sifat Syarifah tadi. Terjerit-jerit depan orang ramai. Memang memalukan  betul. "Syarifah ni betul-betul dah melampau!" Marah Harisah.

Harisah memarking di belakang kereta Ferrari milik Adwan. "Tak kerja ke dia ni?" Harisah membuka pagar pintu. Kemudian masuk. "Assalamualaikum awak!" Harisah melihat Adwan lena tidur di sofa ruang tamu. "Tak sejuk ke? Dahlah on  aircon." Harisah pergi ke bilik untuk mengambil selimut. Lalu diselimutkan Adwan. Baru saja Harisah hendak pergi, Adwan memegang tangan Harisah. "Awak.." Harisah duduk di sebelah Adwan. "Saya rindu awak," ujar Adwan yang seperti mengigau itu. "Awak jangan mainkan perasaan saya." Harisah melepaskan pegangan Adwan.

Perasaan Harisah berbelah bagi. 'Betul ke dia suka aku? Atau cuma dia mengngigau je?' bisik hati Harisah. Adwan terbangun. "Risah! Saya nak minuman tolong bawakan ke sini," arah Adwan. "Yeh!" Harisah menuang air biasa ke dalam cawan lalu memberikan kepada Adwan. "Betul ke awak rindu saya?" Soal Harisah ingin mendapatkan kepastian. "Bila masa aku rindukan kau? Aku cuma rindukan mummy je!" Marah Adwan. "Awak ni tak baiklah panggil 'aku,kau'" nasihat Harisah.  "Sekarang ni aku akan guna panggilan kau dan aku! Faham tak ni! Ni semua sebab kaulah.!" Adwan berlalu pergi.

"Apa salah saya?" Air mata Harisah berlinangan.
Seumur hidup Harisah, dia tidak pernah menangis kerana cinta.

Adwan yang melihat dari jauh berasa kasihan. "Buat apa aku nak cintakan dia? Dia tu perempuan kampung!" Adwan pergi masuk ke bilik. 

Harisah mengetuk pintu bilik beberapa kali. "Awak, bukalah pintu. Saya nak tidur ni." Ujar Harisah. Pintu bilik dibuka. "Mulai sekarang saya nak awak tidur dekat bilik awak!" Arah Adwan. "Baiklah kalau macam tu." Ringkas Harisah segera pergi. Hatinya yang lara tidak dapat menerima layanan buruk Adwan. Selalunya Adwan tidak seperti ini. Mengapa?

Harisah menyediakan makanan tengahari. Iaitu mi goreng dan teh sahaja. Malas hendak masak lebih-lebih, nanti bukan kena makan juga oleh si Adwan. "Kau masak apa hari ni?" Soal Adwan lalu duduk di kerusi. "Mi goreng je," ringkas Harisah menuang teh ke cawan lalu diberikan kepada Adwan. "Kautkan saya," ujar Adwan. Harisah mengambil sedikit mi goreng lalu diletakkan di pinggan Adwan. "Cukup?" Adwan mengganguk. "Cukup sangat dah tu," Adwan laju mengambil pinggannya lalu memakan denga tergesa-gesa. "Kenapa awak tak pergi kerja?" Soal Harisah. "Aku penat." Ringkas Adwan. "Suka hati awaklah!" Marah Harisah.

Harisah memakai jubah bewarna kuning dengan tudung bewarna hitam bermanik. Tidak sabar hendak melawat Mak Jemah di rumah Mak Jemah berdekatan dengan Teratak Qarqisa. "Saya nak pergi lawat mak dulu." Harisah menyalam tangan Adwan. "Herm.. Pergilah." Ringkas Adwan. Harisah segera menaikki kereta Myvi nya yang bewarna pink itu. 

Sampai sahaja di Teratak Qarqisa. Harisah pergi sekejap melawat Teratak Qarqisa. Kemudian terus ke rumah Mak Jemah. "Assalamualaikum mak." Harisah menaikki tangga. "Walaikumsalam, eh Risah! Masuklah." Pelawa Mak Jemah. "Ada pergi ke sini?" Soal Mak Jemah. "Saje nak lawat mak, kenapa tak boleh ke mak?" Harisah meminum air kopi yang dihidang Mak Jemah. "Issh, boleh aje. O yeh! Dah kamu tegur Rifah tu?" Soal Mak Jemah sambil meminum air kopinya. "Belum mak, baru je Risah nak bagitau dia tentang tu. Tapi dia dah terjerit-jerit lepastu pergi." Jujur Harisah. "Haissh! Budak ni memang teruklah." Marah Mak Jemah.

No comments:

Post a Comment