Harisah Syafini -
Adwan Azri -
Syarifah Harini -
Harisah melihat penampilanya di cermin. Cantik, memakai gaun pengantin bewarna biru dengan tudung bermanik bewarna biru juga. "Risah, mak akan selalu ada di sisi Risah. Jadi Risah jadilah isteri yang terbaik kepada Adwan yeh?" Mak Jemah penjaga Harisah dahulu di Teratak Qarqisa sehingga kini masih menyayangi Harisah dengan sepenuh hati begitu juga dengan Syarifah. "Yeh mak, Risah janji." Harisah memeluk Mak Jemah. Kemudian dibawa keluar untuk akad nikah.Adwan melihat Harisah. 'Hmm.. Cantik, tak sangka bakal isteri aku ni cantik juga.' Bisik hati Adwan. Harisah duduk di belakang Adwan. Pak Kadi dan Adwan pun berurusan. Sekali Adwan melafazkan akad nikah. Harisah sah menjadi isteri Adwan. Datin Fazirah, Mak Jemah, Dato'Mukriz tersenyum kegembiraan. Adwan berpaling menghadap Harisah. Lalu, menyarungkan cincin emas berbentuk hati ke jari Harisah. Air mata Harisah berlinangan. Harisah menyalam tangan suaminya. Adwan pula mengucup dahi Harisah.
Harisah dan Adwan pergi ke bilik untuk menukar pakaian. "Awak gembira?" Soal Adwan sambil membuka butang baju. "Gembira apanya?" Harisah mengambil baju ke bilik air. Selesai menukar pakaian. Harisah terkejut melihat Adwan di hadapannya. "Aw...Aw..Awak nak apa?" Tergagap-gagap Harisah bertanya. "Saya tanya awak tadi, tapi awak tak jawab!" Marah Adwan. Harisah terduduk terkejut. "Saya tak gembira! Buat apa saya nak tipu perasaan saya?" Ujar Harisah. "Suka hati awaklah," Adwan keluar bilik.
Mak Jemah duduk bersila sambil memakan kuih-kuih yang dihidangkan. "Mak, makanlah.. Kenapa mak makan kuih je ni?" Harisah duduk di sebelah Mak Jemah. "Mak dah kenyang Risah, hah.. Adik kamu Rifah, kurang ajar betullah budak tu! Kahwin kakak dia pun dia tak datang?" Marah Mak Jemah. Syarifah memang begitu sifatnya, dia selalu melawan kata-kata Mak Jemah dulu semasa berada di Teratak Qarqisa. "Issh, mak ni. Orang dengar tau. Biarlah dia tu." Ujar Harisah. "Hurm.. Yelah, demi kamu mak sanggup tahan hati," terang Mak Jemah. "Mak nak air tak? Risah boleh ambilkan." Ujar Harisah. "Nak, terima kasih." Ucap Mak Jemah. Harisah melangkah mengambil air.
"Cantik menantu kau yeh Zah," puji salah seorang daripada kawan Datin Farizah. "Biasalah, aku yang pilih.." Ujar Datin Farizah. Harisah yang mendengar senang hati. "Tapi, aku tengok macam kampungan je menantu kau tu," ujar seorang lagi kawan Datin Farizah. Harisah berasa terkilan. "Issh, kau ni. Tak baik!" Marah Datin Farizah. Adwan yang melihatnya berasa kasihan. Adwan menarik Harisah ke sebelahnya. "Cepatlah hantar minuman tu," ujar Adwan. Harisah angguk. "Nah mak, selamat menjamu selera. Makan lagilah mak." Harisah segera kembali ke sebelah Adwan. "Kenapa? Nak tolak saya dekat kolam lagi ke? Biar orang nampak?" Soal Harisah. "Ikut saya," Adwan menarik Harisah di ayunan besi. "Saya minta maaf sebab tolak awak masa tu," ujar Adwan. "Yelah, saya maafkan. Selamat malam!" Laju Harisah meninggalkan Adwan.
Tiba-tiba telefon Adwan berdering. Tertera nama Syarifah di skrin telefonnya. "Issh, perempuan gedik ni lagi! Asyik-asyik nak kacau orang. Kalau orang tak berkenan tu tak payahlah nak paksa!" Adwan mencampak telefon Samsung Galaxy S5 ke kolam. Harisah yang mencuri-curi lihat menggelengkan kepalanya. "Ish, ish, ish, sayangnya, cubalah dia bagi aku. Mentang-mentanglah orang kaya." Baru saja Harisah ingin pergi ke kolam Adwan sudah ada di belakangnya. "Awak hendap saya yeh?" Soal Adwan. "Manadalah, saya nampak telefon tu jatuh kat kolam. So, saya nak ambillah." Bohong Harisah. "Jangan nak tipulah, tak baik. Saya dengar apa awak cakap tadi." Adwan peluk tubuh. "Okay fine, saya memang hendap awak." Harisah kembali ke ruang tamu.
Sudah dekat magrib, semua orang sudah balik. Kini tinggal Mak Jemah keseorangan. "Risah.. Mak dah nak balik ni, jaga diri yeh. Dengar cakap suami," nasihat Mak Jemah. "Amboi.. Mak ni, macamlah esok tak boleh jumpa Risah dah." Perli Risah lalu menyalam Mak Jemah. "Jangan risau kak Jemah, pandailah kami pantau diorang tu," sampuk Datin Farizah. "Erm yelah Datin, saya balik dululah ye." Mak Jemah menaikki teksi yang disediakan. Harisah melambaikan tangannya. "Hai.. Dah rindu dengan mak?" Soal Adwan. "Jangan sibuklah," Harisah mengikuti Datin Farizah masuk ke rumah bersama Dato'Mukriz.
Harisah dan yang lainnya menunaikan solat isyak bagi yang muslim. Selepas mereka solat. Mereka berkumpul di ruang tamu. Sudah kenyang tadi makan pelbagai hidangan. "Adwan, Risah. Mummy and daddy ada something nak bagitau ni," ujar Datin Farizah membuatkan Adwan dan Harisah terus tertumpu kepada Datin Farizah dan Dato'Mukriz. "Kenapa mummy?" Soal Adwan. "Esok mummy and daddy akan bertolak ke Paris, daddy ada hal kerja dekat sana. Mummy pun nak ikut sebab nak bagi kamu masa untuk buat baby. Mummy pergi ke sana 1 bulan je," ujar Datin Farizah. Bila Harisah mendengarkan perkatan 'buat baby' gerun pula dia. "Mummy don't worrylah. Mummy dan daddy pergilah." Ringkas Adwan. "Yelah kalau macam tu, daddy dan mummy nak tidur dulu," ujar Dato'Mukriz.
Harisah dan Adwan juga turut masuk tidur. Letih agaknya kerana melayan telatah tetamu-tetamu tadi.
**********
Sudah tepat puku 8 pagi. Selepas sarapan Harisah dan Adwan menghantar Datin Farizah dan Dato'Mukriz ke KLIA. "Adwan, jaga isteri baik-baik," Dato'Mukriz memeluk Adwan anak kesayangan mereka. "Risah pun sama, jaga Adwan baik-baik," ujar Datin Farizah. Harisah angguk lalu menyalam Datin Farizah kemudian menyalam Dato'Mukriz. Adwan pula memeluk kedua-dua orang tuannya lalu menyalam mereka. Datin Farizah dan Dato'Mukriz pun berjalan meninggalkan mereka. Sampailah kelibat Datin Farizah dan Dato'Mukriz tiada. Harisah dan Adwan segera balik ke rumah.


No comments:
Post a Comment