Harisah Syafini -
Adwan Azri -
Syarifah Harini -
Tissue bertaburan di atas lantai. "Mak! Risah rindu emak!" Sedih Harisah. "Woi kenapa ni?! Habis lantai tu kotor! Pergi bersihkan!" Arah Adwan. "Ada saya kisah ke?" Harisah mengelap air matanya. "Suka hati awaklah!" Adwan naik kereta Ferarrinya. "Tunggu!" Harisah menghentikan langkah Adwan. "Apa?" Soal Adwan. "Saya rasa saya nak berhenti kerjalah," ujar Harisah. "Yelah," ringkas Adwan. "Tapi awak nak pergi mana?" Soal Harisah. "Nak pergi kerjalah.. Awak ingat saya ni tak ada kerja ke?" Adwan menaikki kereta. "Memang pun!" Jerit Harisah apabila Adwan sudah pergi.Sampai sahaja di office. Adwan bagai mangsa yang takut hantu. "Bos kenapa takut ni?" Tanya Ardina membantu Adwan. "Saya takut perempuan gedik tu datang lagi kacau saya, saya dah ada isteri." Ujar Adwan. Ardina angguk. Ardina faham betul maksud 'perempuan gedik' siapa lagi kalau bukan Syarifah. Setiap kali Adwan masuk kerja, Syarifah sudah ada di depan pintu office. Memalukan betul! Asal Ardina ingin menghalang Syarifah. Ardina mesti sakit ditolak-tolaknya. "Ermm.. Yelah bos, saya sambung kerja dululah bos." Sopan Ardina berlalu pergi.
Adwan menarik nafas lega. "Nasiblah perempuan gedik tu tak datang, lega sikit badan aku ni." Adwan mengeliat panjang. Pintu dibuka perlahan. Terlihat Syarifah. "Hi darling! Jom shopping..!" Syarifah menarik-narik tangan Adwan. "Keluar! Get out from my office! Before i kick you out!" Marah Adwan. "Issh! You ni kejamlah, mentang-mentang kahwin dengan kakak i!" Ujar Syarifah. Adwan hairan. "Bila masa aku kahwin dengan kakak kau?" Soal Adwan. "Nama you wife tu Harisah Syarini kan? I ada kena jemput. Time i tengok kad jemputan tu ada nama you terus i tak pergi. Gara-gara youlah juga buatkan i benci dengan kakak i sendiri," ujar Syarifah. Sambil menerangkan gincunya.
Harisah membuat kek coklat. Sudah lama Harisah tidak membuat kek semenjak meninggalkan Teratak Qarqisa kemudian tinggal di rumah sewanya. "Hmm.. Sedapnya bau kek aku ni!" Harisah memotong kek itu. Dengan tiba-tiba pintu utama diketuk beberapa kali. "Buka pintu sekarang!" Harisah tahu itu Adwan. "Kenapa balik? Bukan tadi awak kata awak sibuk?" Keliru Harisah. "Saya nak cuti penat, asyik kena tipu je. Awak memang kenal Syarifah Harini kan? Syarifah tu adik awak kan? Awak berdua bersepakat kan?" Tuduh Adwan. "Suka hati awak je nak tuduh saya sembarangan! Rifah tu memang adik saya, tapi saya tak tahu pun yang dia kenal awak!" Harisah marah.
"Cakap sikit marah!" Ujar Adwan
"Itu bukan masalah awak okay?" Harisah memberi sedikit kek kepada Adwan
"Awak buat ke ni?" Soal Adwan sambil merasa kek itu.
"Yeh, sedap ke tak?" Soal Harisah.
"Sikit, tambah gula sikit. Terlalu tawar." Sengaja Adwan menambah alasan.
"Kalau tawar.. Jangan makan!" Harisah menarik pinggan berisi kek itu.
Dengan pantas Adwan menepis tangan Harisah.
"Don't touch my food!" Marah Adwan.
"Cakap jelah bahasa melayu! Tak payah nak overacting sangat!" Omel Harisah.
"What ever!" Adwan masuk ke dalam bilik.
"Kata orang cakap sikit kuat marah! Dia sendiri pun macam tu!" Marah Harisah lalu menjamah kek yang dibuatnya.
Syarifah pergi ke rumah Mak Jemah. "Assalamualaikum Mak Jemah!" Jerit Syarifah. "Kenapa kamu datang sini?" Soal Mak Jemah. Seumur hidupnya baru 10 kali Syarifah melangkah ke rumahnya. Itu pun semasa Syarifah masih berada di Teratak Qarqisa. "Amboi! Tak jawab salam bagai, bukannya nak ajak orang naik jap ke minum jap ke ini tak, dihalaunya pula. Kurang pahala Mak Jemah oi!" Nasihat Syarifah. "Kalau lagi terang lampu bersuluh tu, tak payah nak nasihat orang. Nasihat diri sendiri sudah. Cepatlah naik," arah Mak Jemah.
"Apa hajat kamu datang ke sini?" Mak Jemah menghidang air teh.
"Saya nak bagitau suatu hal ni," ujar Syarifah.
"Apa dia?" Soal Mak Jemah sekali lagi.
"Kenapa Mak Jemah ni selalu nak rampas tempat mak?" Terkejut Mak Jemah dengan pertanyaan Syarifah.
"Mak Jemah tak pernah pun nak rampas tempat mak kandung kamu, mak cuma kasihan tengok Harisah tu. Ada adik jahat macam kamu ni," ujar Mak Jemah.
"Janganlah nak buat baik sangat, entah-entah Mak Jemah tu hanya nak jadi besan Datin Farizah kan?!" Soal Syarifah. Pakk ))
Penampar hinggap di pipi Syarifah.
"Sanggup kamu menuduh mak macam tu!" Marah Mak Jemah.
"Jangan haraplah Mak Jemah akan dapat gelaran MAK!" Syarifah berlalu pergi.
Mak Jemah mengurut-urut dadanya yang sakit. Benar-benar terkilan dengan kata-kata Syarifah. Walaupun Mak Jemah nampak seperti tidak menyukai Syarifah, namun Mak Jemah tak pernah memilih kasih. Syarifah sahaja yang tidak menyedari kebaikan Mak Jemah menempuhi karenahnya yang makin menjadi-jadi itu.
Harisah terkejut. "Ya Allah! Betul ke mak? Tak sangka Rifah sanggup buat mak macam tu, tak apa mak bersabar jelah. Nanti Harisah tegur budak tu." Harisah mematikan telefon. Lalu mendail nombor telefon Syarifah. "Assalamualaikum Rifah, akak nak jumpa boleh? Dekat restoran Deliz Yummy." Harisah kemudian mematikan telefon bergegas bergerak ke restoran Deliz Yummy.


No comments:
Post a Comment